Terma & Syarat

Home / Terma & Syarat

Terma & Syarat Peraduan

Penganjur & Kelayakan
1. KUIZ UMRAH DE HEARTY [“Peraduan] dianjurkan oleh Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia [“Penganjur”] dan dibuka
kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas.
2. Individu berikut tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:
[a] Kakitangan Penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka [suami/isteri, anak, ibu bapa, adik-beradik (dan suami/isteri mereka)];
3. Penganjur berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan peserta yang tidak termasuk dalam kategori Peserta dan/atau yang
melanggar Syarat dan Peraturan Peraduan.

Tempoh
1. Peraduan akan diadakan bermula 16 September 2019 hingga 18 Oktober 2019 [“Tempoh Peraduan”]. Penganjur pada bila-bila masa berhak secara mutlak untuk mengubah, menangguh, menjadualkan semula, atau melanjutkan Tempoh Peraduan atau menamatkan Peraduan atas budi bicara mutlaknya dan
tanpa memberi notis terlebih dahulu.

Cara Menyertai Peraduan
1. Untuk menyertai Peraduan, peserta perlulah ke www.ikim.my/kuiz untuk menjawab soalan kuiz. Peserta perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum mula menjawab soalan kuiz.
2. Hanya peserta yang mendaftar pada hari pertama (16 September 2019) sahaja yang akan dibenarkan untuk menjawab soalan untuk hari seterusnya.

Hadiah
1. Hanya satu hadiah sahaja yang akan diberikan kepada seorang pemenang iaitu Pakej Umrah tajaan MAAD TRAVEL SDN. BHD. untuk satu orang.

Liabiliti & Tanggungjawab
1. Pemenang akan diberitahu melalui telefon. Pengumuman nama pemenang juga akan dibuat di saluran media sosial Radio IKIM.

Hak Penganjur
1. Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menyemak dan mengubah proses pemilihan pemenang pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu. Keputusan pengadil adalah muktamad dan tiada surat-menyurat akan dilayan selepas itu.
2. Dengan menyertai Peraduan ini, semua Peserta bersetuju dan memperakui bahawa semua hak milik intelektual padanya menjadi milik Penganjur
dan setiap Peserta membenarkan Penganjur mengumpul, menggunakan, memproses dan/atau mendedahkan mana-mana dan semua maklumat
peribadi Peserta termasuk tanpa terhad kepada nama, gambar atau imej Peserta untuk tujuan Peraduan, termasuk aktiviti pengiklanan, publisiti,
pemasaran dan promosi yang dijalankan dengan cara yang dianggap sesuai oleh Penganjur, dalam mana-mana media dan tanpa pampasan,
pemberitahuan atau kebenaran tambahan, dan sebarang aktiviti sampingan lain yang berkaitan dengan Peraduan. Pemenang tidak berhak
membuat tuntutan pemilikan atau mendapat sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

Perlindungan Data
1. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta memberi kebenaran kepada Penganjur untuk memproses data peribadi Peserta yang diberikan untuk tujuan Peraduan termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan di Halaman Peminat dan Laman Web.