Tag: Islam Itu Indah

Home / Blog / ArchivesTag: Islam Itu Indah

Puasa Kerana Allah SWT

May 31, 2017/0/0/

BULAN Ramadan hendaklah digunakan sebaik mungkin untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Ini kerana bulan yang penuh kemuliaan menawarkan ganjaran pahala yang besar kepada umat Islam yang taat kepada perintah Allah. Setiap mukmin yang sentiasa berusaha mendekatkan diri dengan Allah akan dipermudahkan urusan kehidupan di dunia dan seterusnya di akhirat. Orang yang mendekatkan diri dengan […]

Artikel , , ,

Andai Ramadan Ini yang Terakhir

May 24, 2017/0/0/

SELURUH umat Islam di dunia ini bakal menyambut bulan kemuliaan iaitu bulan Ramadan yang penuh barakah. Namun, dalam hidup ini tidak siapa yang boleh memberi jaminan apakah kita semua sempat untuk menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan ini yang dijanjikan dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Menerusi rancangan Islam Itu Indah yang bersiaran di radio […]

Artikel , , ,

Rezeki Yang Dicari

May 17, 2017/0/0/

MANUSIA dijadikan Allah SWT untuk beribadah kepadaNya. Allah SWT menjelaskan akan perkara ini melalui firmannya dalam ayat suci al-Quran yang bermaksud “Tidaklah aku menciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepadaku”. Hakikatnya ayat ini mengingatkan manusia supaya dalam apapun bentuk perbuatan yang dilakukan mestilah berteraskan kepada niat ibadah kerana Allah SWT. Barangkali manusia tidak sedar, […]

Artikel , , ,

Allah Mengangkat Darjah Orang Tawaduk

May 10, 2017/0/0/

KEKUATAN hati seseorang manusia terletak kepada nilai kelembutan hati itu menerima peringatan dan teguran, manakala hati yang lemah adalah hati yang keras, degil dan tegar dalam kesediaan diberi teguran. Dalam usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT, kita jangan hanya memfokuskan tentang perkara-perkara yang hanya untuk menambah amalan baik di sisi Allah sahaja, tetapi sebaliknya […]

Artikel , , ,

Bila Tangan Berbicara

May 3, 2017/0/0/

ISLAM adalah agama yang indah. Keindahan dalam ajaran Islam kerana ia datang dari Allah SWT. Islam itu sentiasa benar bagaimanapun yang memberikan wajah yang salah kepada agama adalah kerana kesilapan penganut-penganutnya dalam mengamalkan ajaran Islam. Menerusi rancangan Islam Itu Indah yang disiarkan setiap Rabu di IKIMfm, Ustaz Azizul Asri Ahmad Tajuddin ketika membicarakan tentang ‘Bila […]

Artikel , , ,

Islam Bentuk Jati Diri

April 28, 2017/0/0/

DALAM rancangan Islam Itu Indah terbitan radio IKIMfm yang bersiaran setiap Rabu jam 10.15 pagi, saya mengungkapkan pengamatan cendikiawan ulung Professor Dr. Syed Muhamad Naquib al-Attas betapa sesuatu bangsa itu akan mengalami keadaan-keadaan di mana pandangan alam (worldvidew) mereka berubah disebabkan sesuatu peristiwa besar yang melanda bangsa tersebut. Jika di Barat, perubahan besar yang mengubah […]

Artikel , , ,

Solatoliks vs Workaholiks Bhg. 2

April 26, 2017/0/0/

SOLAT dan kerja mempunyai hubungan yang rapat di antara satu sama lain. Ini kerana kedua-dua secara asasnya adalah ibadah yang saling berkait untuk menjadi penghuni syurga Allah SWT. Kerja ibarat seperti sebuah entiti bangunan, manakala solat pula seperti tapak dan tiang yang menguatkan sesebuah bangunan. Dalam rancangan Islam Itu Indah yang disiarkan di IKIMfm pada […]

Artikel , , ,

Solatoliks vs Workaholics

April 19, 2017/0/0/

UNTUK memperbaiki dunia, kita perlu memperbaiki manusia. Untuk memperbaiki manusia kita perlu memperbaiki hati. Untuk memperbaiki hati manusia, bagi orang Islam perlulah perbaiki solatnya. Ini kerana solat adalah amalan yang paling intim menghubungkan manusia dengan Allah yang Maha Mencipta. Bagi sesetengah orang yang hidupnya diuji dengan pelbagai masalah kehidupan seperti masalah keluarga, masalah kesihatan, masalah […]

Artikel , , ,

Islam Itu Indah

April 12, 2017/0/0/

UMUR atau usia adalah modal bagi seseorang mukmin untuk mendekati dan mendapat syurga Allah SWT. Ertinya bagi mereka yang taat, usia yang dimiliki ini adalah untuk menambah ketaatan kepada Allah, bagi yang berdosa, usia yang Allah berikan ini dijadikan peluang untuk selalu memohon keampunan daripada Allah SWT. Memetik kata-kata Imam al-ghazali, “Apakah manusia itu tidak […]

Artikel , , ,

Seni Membuat Keputusan

April 5, 2017/0/0/

ORANG yang berjaya adalah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam. Orang mukmin yang beriman adalah orang yang hari ini lebih akrab dan lebih bertaqwa kepada Allah SWT daripada hari yang sebelumnya. Sebagai seorang mukmin, kita perlu sentiasa ada sikap untuk menambah keimanan kepada Allah SWT, kerana itu perkara yang penting perlu diamalkan. Menerusi […]

Artikel , , ,