Tag: Hayatus Sahabah

Home / Blog / ArchivesTag: Hayatus Sahabah

Jabir ibn Abdullah

May 7, 2018/0/0/

JADILAH seorang insan yang hidup sentiasa memikirkan akan kebaikan dan berbakti kepada agama Allah SWT. Barulah hidup menjadi lebih bermakna. Pastinya, insan yang banyak berjasa kepada agama Allah SWT ialah Rasulullah SAW. Begitu juga para sahabat yang dididik langsung oleh Baginda Rasulullah SAW. Menerusi segmen Hayatus Sahabah yang bersiaran di IKIMfm, Ustaz Mohd Hazri Hashim […]

Artikel , , ,

Saidina Abdullah Ibn Salam

April 30, 2018/0/0/

SATU perkara yang sangat menggemberikan Saidina Abdullah ibn Salam, saat beliau disebutkan sebagai salah seorang ahli syurga. Saat pertama kali bertemu dengan Rasulullah SAW, beliau mendengarkan mengenai tiga perkara yang disebutkan oleh Baginda yang meletakkan seseorang itu tergolong di kalangan ahli syurga. Sejak mendengarkan kata-kata itu, beliau berusaha agar dirinya sentiasa menekuni dengan tiga perkara […]

Artikel , , ,

Pendeta Yahudi Memeluk Islam

April 23, 2018/0/0/

“Barangsiapa yang ingin melihat seorang lelaki ahli syurga, maka lihatlah Abdullah ibn Salam”, Hadis Riwayat Muslim. Begitulah yang diperkatakan oleh Baginda Nabi SAW kepada seorang pendeta Yahudi yang memeluk agama Islam, Saidina Abdullah ibn Salam. Menerusi segmen Hayatus Sahabah, Ustaz Mohd Hazri Hashim al-Bindany berkongsi kisah mengenai Saidina Abdullah ibn Salam. Sebelum datangnya Islam dalam […]

Artikel , , ,

Saidina Suhail bin Amru

April 16, 2018/0/0/

AKHLAK seorang Muslim menjadi cermin kepada apa yang telah diajarkan oleh Baginda Nabi SAW sehinggakan dengan akhlak muslim itu berjaya menundukkan ego seorang tokoh pemidato terhebat dikalangan kaum Quraisy. Menerusi segmen Hayatus Sahabah di IKIMfm, Ustaz Mohd Hazri Hashim al-Bindany berkongsi kisah mengenai Suhail bin Amru. Beliau merupakan pakar strategi dan bangsawan yang sangat utama […]

Artikel , , ,

Perceraian Hadiah Terhebat Ummu Habibah

April 9, 2018/0/0/

“Andai kata, ketika ini aku memiliki dunia, aku sanggup berikan semuanya.” kata-kata Ummu Habibah saat utusan Raja Najasyi memaklumkan mengenai pinangan Rasulullah SAW terhadap beliau. Menerusi segmen Hayatus Sahabah yang bersiaran di IKIMfm, Ustaz Mohd Hazri Hashim al-Bindany menceritakan kisah mengenai isteri Rasulullah SAW, Ummul Mukminin Ummu Habibah. Beliau, Ramlah binti Abi Sufyan, anak kepada […]

Artikel , , ,

Sayyidatina Asma’ binti Abu Bakar As-Siddiq

April 2, 2018/0/0/

SALAH seorang daripada puteri kepada Saidina Abu Bakar as-Siddiq digelar ‘Zatul Nitaqain’ yang bermaksud ‘wanita yang mempunyai dua tali pengikat pada pinggangnya.” Beliau dipanjangkan usia oleh Allah SWT seratus tahun lebih. Tidak sedikit pun kecerdasan akal dan kepintarannya hilang, bahkan beliau mempunyai ingatan yang sangat kuat. Menerusi segmen Hayatus Sahabah di IKIMfm, Ustaz Mohd Hazri […]

Artikel , , ,

Sayyidatina Fatimah Az-Zahra r.ha (Bhgn 2)

March 26, 2018/0/0/

BANYAK teladan dan pengajaran bagaimana kasih sayang Baginda Nabi SAW terhadap puterinya serta ahli keluarganya. Menerusi segmen Hayatus Sahabah, Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany menyambung kisah mengenai Sayyidatina Fatimah r.ha. Keberangkatan suami Fatimah az-Zahra, Saidina Ali r.a ke medan perang membuatkan Sayyidatina Fatimah tinggal bersama putera-puteranya. Maka di saat itulah Baginda Nabi SAW sentiasa menemani […]

Artikel , , ,

Sayyidatina Fatimah Az-Zahra r.ha

March 20, 2018/0/0/

KISAH mengenai ‘Jantung Hati Rasulullah SAW’. Dalam sebuah hadith Baginda, Nabi SAW menyatakan “Imam Mahdi itu adalah daripada keturunanku dan ia dilahirkan daripada zuriat Fatimah Az-Zahra. Menerusi segmen Hayatus Sahabah, Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany berkongsi kisah mengenai Saayidatina Fatimah Az-Zahra. Kisah kehidupan Fatimah Az-Zahra merupakan anugerah yang sangat besar daripada Allah SWT buat umat […]

Artikel , , ,

Umar bin Saad RA

March 12, 2018/0/0/

REMAJA yang dididik oleh Rasulullah SAW sehingga Saidina Umar al-Khattab pernah mengatakan “Betapa aku amat berharap mempunyai lelaki-lelaki seperti Umair bin Saad menjadi pembantuku dalam urusan kaum muslimin”. Kisah Saidina Umair bin Saad diceritakan oleh Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany menerusi segmen Hayatus Sahabah. Penduduk Hims di Syam, adalah penduduk yang sangat kuat mengadu perihal […]

Artikel , , ,

Saidina Abdul Rahman bin Abu Bakar RA

March 5, 2018/0/0/

ABDUL Rahman berbeza daripada saudara-saudaranya yang lain di saat ayahnya dan saudara-saudaranya lebih awal memeluk Islam. Allah memuliakan keluarga ini dengan ujian. Kebaikan Saidina Abu Bakar, keimanan Saidina Abu Bakar bersama puteri-puterinya, maka mereka teruji dengan Abdul Rahman, putera sulung Abu Bakar yang tidak memeluk Islam. Beliau lebih percaya dengan pegangan dan anutan kaum musyrikin […]

Artikel , , ,