Tag: Fairuz Hj. Noordin

Home / Blog / ArchivesTag: Fairuz Hj. Noordin

Hisab & Perhitungan Serta Mizan

October 27, 2016/0/0/

SATU hari nanti seluruh umat manusia akan dihisab oleh Allah untuk dihitung kembali setiap amalan yang dilakukan sebelum dimizankan atau ditimbangkan amalan sama ada layak atau tidak untuk memasuki syurga Allah. Apabila tiba waktu dihisab, ia merupakan waktu yang paling menggerunkan ketika berada di Padang Mahsyar sebagaimana peringatan Rasulullah SAW, tidak akan berganjak telapak kaki anak […]

Artikel , , ,

Ziarah Terakhir

October 20, 2016/0/0/

ALLAH SWT merahmati orang yang salih dan golongan ini mendapat perkhabaran gembira di dunia dan akhirat dengan beroleh keredhaan Allah. Selain itu, kita digalakkan untuk menziarahi dan bergaul dengan orang-orang yang salih agar turut mendapat keberkatan daripada Allah kerana lidah mereka sentiasa basah menyebut dan mengingati Allah. Suffian bin Uyainah menyebut, “Jika disebutkan nama orang salih, […]

Artikel , , ,

Hijrah Menuju Syurga

October 13, 2016/0/0/

RASULULLAH SAW menyebut, sebaik-baik manusia ialah mereka yang dipanjangkan umurnya dan semakin cantik amalannya. Seburuk-buruk manusia ialah orang yang Allah panjangkan usianya tetapi masih lagi melakukan maksiat dan masih lagi tidak mengubah dirinya untuk menjadi semakin taat kepada perintah Allah. Apabila menyebut tentang hijrah ia bukan hanya sebuah perpindahan malah di sudut kejadian manusia sendiri, […]

Artikel , , ,

Telaga Al-Kauthar Rasulullah SAW

October 6, 2016/0/0/

ANAS bin Malik berkata pada suatu ketika sewaktu Rasulullah sedang duduk ditengah-tengah bersama dengan para sahabat, tiba-tiba Baginda menundukkan kepalanya. Kemudian Baginda mengangkat semula kepalanya sambil tersenyum indah. Lalu ditanya para sahabat kenapa Rasulullah berkelakuan demikian dan dijawab Baginda, “Baharu sahaja turun kepadaku suatu surah yang disebut dengan al-Kauthar.” Allah berfirman di dalam surah tersebut: “Sesungguhnya […]

Artikel , , ,

Mereka Yang Dipanggil dan Disoal

September 29, 2016/0/0/

SETELAH manusia dikumpulkan di hadapan Allah untuk disoal ketika berada di Padang Mahsyar nanti, mereka akan tertanya-tanya siapa yang akan dipanggil dan disoal serta apakah soalan yang akan ditanya oleh Allah. Para ulama berpendapat, ada lapan golongan manusia yang berada di Padang Mahsyar menanti untuk diadili di hadapan Allah. Menurut Abu Hamid berdasarkan kitabnya Kasyful Ulum […]

Artikel , , ,

Timbangan Amalan

September 22, 2016/0/0/

RASULULLAH SAW berpesan kepada umat manusia bahawa ada tiga tempat atau keadaan yang amat ditakuti ketika berada di Padang Mahsyar. Pertama ketika melayangnya suratan amalan manusia, kerana ketika itu belum dipastikan sama ada menjadi ahli syurga atau neraka. Kedua ialah sewaktu timbangan amalan  dan ketiga ialah ketika manusia melalui titian sirat. Baginda juga mengingatkan kita agar […]

Artikel , , ,

Keistimewaan Zulhijjah

September 15, 2016/0/0/

SESIAPA yang membesarkan syiar Allah, itu menandakan mereka di kalangan orang-orang yang bertaqwa. Sebelum menyambut Aidilfitri, umat Islam disyariatkan berpuasa sepanjang Ramadan, manakala sebelum Aidiladha, pada 1 hingga 9 Zulhijjah merupakan masa yang paling bernilai iaitu berkumpulnya manusia di Padang Arafah untuk memohon keampunan kepada Allah SWT. Masing-masing datang daripada segenap penjuru dunia di dalam keadaan […]

Artikel , , ,

Para Saksi di Mahkamah Allah

September 8, 2016/0/0/

ORANG yang paling selamat ketika berada di Padang Mahsyar ialah mereka yang datang kepada Allah di dalam keadaan hatinya penuh dengan ketenangan. Namun ada juga yang datang dalam keadaan takut dengan bebanan tanggungjawab yang tidak terlaksana dan saat yang paling menakutkan apabila tiba masanya kita disoal terhadap amalan-amalan dan perbuatan yang dilakukan ketika di dunia. Manusia […]

Artikel , , ,

Pengadilan Utama di Hadapan Allah SWT

September 1, 2016/0/0/

HADIS Rasulullah SAW  yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abdullah bin Mas’ud: “Perkara pertama yang akan diadili oleh Allah di Padang Mahsyar adalah permasalahan yang berkaitan dengan darah, bunuh-membunuh di kalangan umat manusia.” Manakala di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib menyebut Rasulullah SAW  bersabda: “Aku orang yang pertama yang akan bersimpuh di […]

Artikel , , ,

Wajah Putih dan Hitam di Padang Mahsyar

August 25, 2016/0/0/

APABILA manusia menerima suratan amalan ketika berada di Padang Mahsyar, wajah manusia akan berubah menjadi putih atau hitam. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Imran, ayat 106 – 107: (Ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, (mereka […]

Artikel , , ,