Tag: Fairuz Hj. Noordin

Home / Blog / ArchivesTag: Fairuz Hj. Noordin

Meraih Syurga

August 31, 2017/0/0/

DI dalam kehidupan manusia jangan sesekali hanya berangan-angan, tetapi berusahalah bersungguh-sungguh untuk mendapat tempat menghuni syurga Allah. Kesilapan menyintai dunia dan mengikut hawa nafsu ketika menjalani kehidupan hanya akan memusnahkan impian manusia untuk beroleh ganjaran istimewa pada Hari Akhirat kelak. Sebagaimana peringatan oleh Allah di dalam firman-Nya di dalam surah al-Imraan, ayat 133: “Dan segeralah […]

Artikel , , ,

Kemuncak Nikmat di Syurga

August 24, 2017/0/0/

APABILA manusia seringkali diberi peringatan tentang istimewanya syurga, ia secara tidak langsung memberi dorongan kepada mereka untuk menyimpan impian dan tekad melakukan amal ibadah dengan bersungguh-sungguh agar kelak dapat menikmati ganjaran syurga. Selain itu ia juga dapat menjauhkan manusia daripada perasaan cintakan dunia yang keterlaluan kerana menganggap dunia umpama syurga walaupun kenikmatan yang ada di […]

Artikel , , ,

Kemuncak Ketenangan dan Kegembiraan di Syurga

August 17, 2017/0/0/

BERDASARKAN kepada al-Quran dan hadis Rasulullah SAW, para alim ulama berpandangan bahawa terdapat beberapa kenikmatan yang diperolehi daripada kemuncak ketenangan ketika berada di syurga nanti.   Suasana di syurga akan diperindahkan lagi dengan keadaan berangin dan bauan harum yang memberi ketenangan kepada penghuninya. Keadaan angin yang bertiup perlahan itu tidak panas dan tidak pula sejuk suhunya […]

Artikel , , ,

Tersenyum Indah Melihat Kerenah Syurga

August 3, 2017/0/0/

SETIAP manusia yang hidup di muka bumi ini menaruh impian agar diganjari syurga, malah seringkali dipanjangkan doa kepada Allah SWT agar hajat ini menjadi kenyataan pada Hari Akhirat kelak. Orang mukmin mampu mengukir senyuman gembira walaupun ketika hidup di dunia lagi apabila mendapati di syurga nanti adanya darjat yang paling tinggi. Di syurga nanti akan […]

Artikel , , ,

Amalan Mengangkat Darjat ke Syurga

July 27, 2017/1/0/

RASULULLAH SAW seringkali berpesan agar umatnya sentiasa mengimpikan agar menjadi penghuni syurga Firdaus pada Hari Akhirat kelak. Terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh manusia ketika menjalani kehidupan di dunia yang akan menjamin kedudukan mereka di dalam mencapai darjat tertinggi di syurga. Amalan jihad ke jalan Allah adalah di antara amalan yang harus ada pada […]

Artikel , , ,

Bidadari Keindahan Syurga

July 20, 2017/0/0/

ALLAH telah hiaskan rasa syahwat manusia di dunia ini daripada perempuan-perempuan, anak-anak, dari tunggangan-tunggangan  serta daripada emas dan perak, tetapi keindahan tidak pula di kalangan kaum lelaki kerana mereka dianggap pengguna yang terbaik. Namun pada hari akhirat kelak, pengguna yang terbaik ialah mereka yang terdiri daripada kalangan insan-insan yang soleh. Di antara perhiasan ahli syurga […]

Artikel , , ,

Penawar Bagi Hati

July 13, 2017/0/0/

ILMU tasawuf bukan merupakan ilmu baru tetapi ia telah ada sejak zaman Nabi Muhammad SAW serta para sahabat dan ia berterusan sehingga mereka menjadi golongan yang sangat beramal dengan ilmu ini. Dengan mempelajari ilmu tasawuf akan menyebabkan manusia mengetahui segala kelakuan hati berbanding kelakuan zahir yang mampu dilihat melalui mata kasar. Kelakuan hati yang baik […]

Artikel , , ,

Nikmatnya di Syurga

July 6, 2017/0/0/

MENYAMBUT Aidilfitri di dalam suasana yang indah dan meriah merupakan impian setiap insan setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan pada Ramadan yang lalu. Walau bagaimanapun adalah menjadi satu kenikmatan kepada insan apabila dapat merasai keindahan berhari raya yang tiada tandingnya apabila berada di dalam syurga kelak kerana Allah mengurniakan kenikmatan yang sangat luar biasa  yang […]

Artikel , , ,

Nikmat Syurga Bagi Penghidup 10 Malam Terakhir Ramadan

June 22, 2017/0/0/

SAAT Allah SWT memberi peluang kepada manusia untuk menghadapi bulan Ramadan ia merupakan peluang yang tidak harus dilepaskan di dalam hidup kerana belum pasti mereka dapat menikmatinya pada masa akan datang. Ganjaran syurga yang khusus bagi mereka yang berpuasa akan ditentukan oleh Allah SWT. Indahnya syurga tidak pernah dilihat oleh sesiapa, telinga tidak pernah mendengar […]

Artikel , , ,

Mereka Yang Dirindui Syurga

June 15, 2017/0/0/

TIADA nilainya kehidupan yang dijalani di dunia walaupun dilimpahi kemewahan mahupun dipuja dan dipandang mulia oleh manusia lain sekiranya apabila tibanya saat kematian, mereka terhumban ke dalam neraka. Bernilainya kehidupan manusia apabila diberi kemuliaan disisi Allah dan menghuni syurga pada Hari Akhirat kelak. Tetapi sayangnya ramai manusia di dalam keadaan hanyut dan terperangkap dengan tipu […]

Artikel , , ,