Tag: Fairuz Hj. Noordin

Home / Blog / ArchivesTag: Fairuz Hj. Noordin

Rasulullah SAW di Hati Ummah

December 7, 2017/0/0/

RASULULLAH SAW pernah bersabda, beruntunglah sesiapa yang pernah melihat wajah Baginda dan kemudian beriman dengannya. Lalu Baginda mengulangi ucapannya sebanyak tiga kali bahawa beruntunglah orang yang tidak pernah melihat wajahnya tetapi tetap beriman kepada Baginda. Sesungguhnya orang yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah umat yang hidup di dunia selepas kewafatan Baginda, termasuklah kita. Rasulullah dirasakan sangat […]

Artikel , , ,

Tabiat Buruk di Masa Remaja & Cara Mengubatinya

December 4, 2017/0/0/

BERUNTUNGLAH bagi mereka yang dapat kekal di dalam pegangan beragama pada saat berada di penghujung kehidupan masing-masing. Namun bagi mereka yang terpesong atau terseleweng daripada jalan agama, maka pada waktu tersebut mereka akan berada di dalam keadaan yang merugikan diri mereka sendiri. Peringatan daripada Allah SWT, agar manusia tidak mati kecuali benar-benar beriman kepada-Nya, malah […]

Artikel , , ,

Mengukuh Didikan Jasmani Terhadap Anak-anak

November 23, 2017/0/0/

TANGGUNGJAWAB sebagai seorang suami dan bapa merupakan amanah yang sangat besar bagi setiap lelaki yang berkeluarga. Menjadi satu kewajipan bagi seorang bapa memberi makanan, minuman dan pakaian serta menafkahkan harta untuk anak-anak dan isteri, malah dilarang sama sekali untuk melepaskan tanggungjawab tersebut kepada isteri untuk menyara keluarga. Setiap anak dikurniakan rezeki yang tersendiri oleh Allah […]

Artikel , , ,

Mengukuh Pendidikan Akhlak Kanak-kanak

November 16, 2017/0/0/

SESUNGGUHNYA Rasulullah SAW itu diutuskan untuk menyempurnakan akhlak umat manusia dan akhlak jugalah yang memainkan peranan penting di dalam kehidupan manusia kerana ia akan mempengaruhi keadaan mereka ketika berada di dalam kubur serta menentu sama ada mereka bakal menghuni syurga atau neraka pada Hari Akhirat kelak. Akhlak yang terbaik terbentuk daripada acuan yang telah ditentukan […]

Artikel , , ,

Mengukuh Keimanan di Jiwa Anak-anak

November 9, 2017/0/0/

ALLAH menjadikan dunia ini sebagai medan ujian di sepanjang kehidupan manusia bermula usia mereka mencapai akil baligh.  Islam menuntut manusia untuk mengukuhkan keimanan kepada Allah SWT di setiap jiwa anak-anak dan tidak membiarkan mereka hidup dengan jiwa yang songsang serta menyimpang daripada agama. Sandarkan segala tindakan dan urusan di dunia kepada al-Quran dan hadis terutamanya […]

Artikel , , ,

Akikah Dan Khitan Di Jalan Fitrah

October 26, 2017/0/0/

SETIAP bayi yang lahir ke dunia berada di dalam keadaan fitrah, oleh itu peliharalah ia agar tidak berlaku sebarang penyimpangan daripada keadaan asalnya semoga berkekalan sehingga ke akhir perjalanan hidupnya. Ibu bapa memainkan tanggungjawab yang besar untuk mendidik anak-anak dan mengelakkan tanggapan bahawa anak-anak mereka akan memilih jalan kehidupan sendiri apabila dewasa kelak.  Tarbiyah anak-anak […]

Artikel , , ,

Memulakan Jalan Hidup Fitrah

October 19, 2017/0/0/

SETIAP manusia yang lahir di dunia adalah di dalam keadaan fitrah, namun ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak mereka sama ada menjadi Yahudi, Majusi atau Kristian. Islam memberi panduan kepada manusia agar tidak tergolong di kalangan tersebut dan mengajar supaya manusia tidak menjadikan anak yang baru lahir berada di dalam keadaan kotor dan tidak baik. Sesungguhnya […]

Artikel , , ,

Umur Insan

October 5, 2017/0/0/

PARA ulama membahagikan fasa umur manusia kepada beberapa masa yang tertentu di dalam hidup agar mereka menyedari saat-saat yang dilalui dan tidak terleka di dalam menjalani kehidupan di dunia ini. Sebaimana firman Allah di dalam al-Quran, surah al-Munafiquun, ayat 9: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu […]

Artikel , , ,

Erti Kejayaan di Perjalanan Hidup

September 14, 2017/0/0/

ADA kejayaan di dunia ini yang bersifat sementara serta tidak membawa kepada nikmat perjalanan di dalam hidup manusia. Islam memandang sesuatu kejayaan itu lebih besar berbanding apa yang dibayangkan, malah saban hari manusia diajak untuk menuju kejayaan sebagaimana yang terdapat di dalam laungan azan yang berkumandang. Kejayaan hidup di dunia tidak dinilai dengan rupa paras, […]

Artikel , , ,

Erti Hidup

September 7, 2017/0/0/

NIKMAT yang sewajarnya disyukuri ialah apabila diberi keistimewaan oleh Allah untuk diciptakan dan menjalani kehidupan sebagai seorang manusia di atas muka bumi ini, malah disediakan segala kelengkapan bagi mereka sama ada di langit mahupun di bumi. Kenyataan ini dibuktikan melalui firman Allah di dalam surah al-Baqarah, ayat 164: “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan […]

Artikel , , ,