Tag: BH

Home / Blog / ArchivesTag: BH

Bina Keluarga Sunnah

March 25, 2016/0/0/

SUNGGUH, bertuah buat ibu ayah yang punya anak soleh atau solehah. Namun, jauh lebih bertuah apabila anak-anak miliki ibuayah yang soleh dan solehah. Justeru itu, Islam tampil sebagai model terbaik memberi bimbingan dan panduan kepada manusia dalam melahirkan sebuah keluarga bahagia dan dirahmati serta diredhai Allah SWT. Selaku ibu bapa pasti berharap supaya dikurniakan anak-anak […]

Artikel , , ,

Sebelum Menghadap-NYA, Bermuhasabahlah

March 24, 2016/0/0/

KEMATIAN merupakan satu perjalanan menuju destinasi dan tidak akan kembali, oleh itu wajarlah kita bermuhasabah sebelum menghadapinya. Orang yang cerdik akan sentiasa bermuhasabah, mengkaji dan meneliti perjalanan hidupnya agar apabila tiba saat kembali menghadap Allah SWT, tidak akan timbul penyesalan dan perasaan takut serta bimbang terhadap amalan yang dilakukan  sewaktu hidup di dunia. Rasulullah SAW sentiasa […]

Artikel , , ,

Belajar Menghargai

March 23, 2016/0/0/

ORANG yang menghargai orang lain akan dihargai, manakala orang yang menyayangi orang lain akan disayangi. Dua perkara berikut tidak dapat tidak perlu dipunyai oleh seseorang mukmin jika mahu dikasih Allah SWT dan disayangi makhluk di atas muka bumi ini. Melalui rancangan Islam Itu Indah yang bersiaran setiap hari Rabu, 10.30 pagi bersama panyumbang Ustaz Pahrol Mohd […]

Artikel , , ,

950 Tahun Dalam 2 Muka Surat

March 22, 2016/0/0/

SETIAP individu inginkan Syurga Allah SWT. Tetapi persoalannya, bagaimana cara kita untuk meraih syurga Allah SWT. Jadikan kerja dakwah kita sebagai satu cara untuk kita meraih syurga Allah SWT. Baginda Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari). Sampaikan daripada Rasulullah SAW walaupun satu ayat. Mengajak orang lain melakukan kebaikan. […]

Artikel , , ,

Syukurilah Anugerah Allah SWWT

March 21, 2016/0/0/

ALLA SWT menciptakan manusia dengan penuh sempurna dan indah. Pada setiap organ tubuh kita bahkan yang terkecil pun mempunyai fungsinya yang tersendiri . Allah mengatur sistem dalam tubuh kita dengan cukup tersusun dan unik  sekali. Sesungguhnya nikmat yang telah Allah limpahkan kepada umat manusia terlalu banyak dan melimpah ruah. Semuanya terpulang kepada manusia  bagaimana cara melihat nikmat […]

Artikel , , ,

3S : Salam, Silaturrahim dan Solat Malam

March 18, 2016/1/0/

BERKATA Abdullah bin Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia! Kamu tebarkanlah salam, berjamulah makanan, hubungilah silaturrahim, dan kerjakanlah solat waktu malam dikala manusia sedang tidur, nescaya kamu akan masuk syurga dengan selamat.” (Hadis Riwayat Tirmizi). Sesungguhnya, bagi hati-hati orang yang beriman tatkala Rasulullah SAW memberikan satu jaminan pasti akan di ambil dengan penuh pasti apatah lagi bagi amalan […]

Artikel , , ,

Kasihanilah Kita dan Dia

March 17, 2016/0/0/

KELOMPOK pendosa di alam barzakh ialah kelompok manusia yang beriman kepada Allah tetapi semasa hidupnya telah melakukan dosa-dosa sehinggalah terpaksa menanggungnya ketika berada di alam kubur. Golongan ini amat dikasihani kerana betapa malangnya mereka kerana kembali menghadap Allah SWT di dalam keadaan tidak bersedia dan bergelumang dengan dosa, malah menerima azab di alam kubur sebelum berada […]

Artikel , , ,

Bersangka Buruk

March 16, 2016/0/0/

“Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan […]

Artikel , , ,

Rahmat Allah Tidak Terhenti

March 15, 2016/0/0/

KITA perlu sentiasa muhasabah kembali adakah setiap kali kita membaca dan melintasi ayat-ayat Allah SWT yang berkisarkan tentang syurga dan neraka, setiap kali itu juga adakah kita benar-benar faham dan menghayati intipatinya. Allah SWT menceritakan perihal syurga dan neraka di dalam al-Quran agar kita benar-benar memahami dan merasainya. Allah SWT menggambarkan syurga bukan satu perkara yang […]

Artikel , , ,

Mendaki Mercu Kejayaan

March 14, 2016/0/0/

“Usaha Itu Tangga Kejayaan”. Pepatah  yang sering kita dengar. Umpama menaiki tangga, tanpa usaha pasti tidak akan dapat mendaki untuk kepuncak yang tinggi. Selangkah demi selangkah kaki diangkat, perlukan kudrat dan tenaga. Kita dapati banyak sekali ayat-ayat  Al Quran dan hadis yang menyeru  umatnya supaya sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan sama ada di dunia mahupun […]

Artikel , , ,