Tag: BH

Home / Blog / ArchivesTag: BH

Virus Al-Wahnu

April 8, 2016/0/0/

DARIPADA Tsauban RA, sabda Rasulullah SAW “Begitu hampir waktunya orang-orang kafir saling menyeru untuk menyerang kamu semua dari segala penjuru sebagaimana orang-orang lapar mengerumuni dulang berisi makanan.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah pada ketika itu bilangan kami sedikit?” Nabi menjawab, “Tidak, sebaliknya pada ketika itu bilangan kamu amat ramai, tetapi kamu seperti buih-buih di air laut. […]

Artikel , , ,

Bersiaplah, Saat Kita Semakin Hampir

April 7, 2016/0/0/

SESEKALI kita terusik dengan pernyataan daripada kalangan anak-anak muda, kata mereka, muda hanya sekali. Tetapi pernahkah kita juga menyedari bahawa peluang untuk hidup di dunia ini juga hanya datang sekali. Oleh itu janganlah kita menjalani kehidupan ini di dalam keadaan hanyut dan leka, kerana dibimbangi kita tidak bersedia serta tidak membawa apa-apa bekalan apabila tiba masanya […]

Artikel , , ,

Belajar Menghargai

April 6, 2016/0/0/

SEKIRANYA Allah SWT mahu memberikan kebaikan kepada seseorang individu itu, Allah SWT akan memberikan kefahaman ilmu dalam beragama, ini adalah antara mafhum Hadith Baginda SAW. Sekiranya Allah SWT ingin memberikan kebaikan kepada sesebuah ahli keluarga, Allah SWT akan memberikan kelembutan kepada seluruh ahli keluarga berkenaan dan sekiranya Allah SWT ingin memberikan kebaikan kepada sesebuah masyarakat, organisasi […]

Artikel , , ,

Kisah Umar dan Surah Al-Haaqqah

April 5, 2016/0/0/

ALANGKAH indahnya sekiranya kita mempunyai masa untuk mendalami dan menghayati  apa yang kita dengar tentang ayat-ayat Allah SWT. Semoga setiap apa yang kita dengar tentang kisah-kisah di dalam Al-Quran mahupun yang mempunyai kaitan dengannya, dapat menjadikan kita hamba yang lebih dekat kepada Allah SWT. Jarang kita mendengar kisah-kisah di luar Al-Quran yang mempunyai kaitan dengan ayat-ayat […]

Artikel , , ,

Peranan Suami Dalam Pembinaan Keluarga Bahagia

April 4, 2016/0/0/

RUMAHTANGGA yang aman dan harmoni semestinya mampu dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik sesama mereka, seperti berkasih sayang, tolak ansur dan wujudnya persefahaman.Suami dan isteri saling melengkapi kehidupan antara satu sama lain. Rasulullah SAW menyuruh para suami supaya berbuat baik kepada isteri dan bersederhana dalam mendidik para isteri.Rasulullah SAW pernah bersabda “Aku berwasiat kepada kamu […]

Artikel , , ,

Ketenangan Ada Di Gerbang Kemaafan

April 1, 2016/0/0/

IMAM As-Syafie RA menukilkan, “Setiap kali bertambah bagiku ilmu, maka bertambahlah bagiku satu lagi kefahaman tentang kejahilanku”. Itu antara sebab perlu mendekatkan diri pada para ulama pewaris Nabi kerana pada mereka terdapat ilmu-ilmu yang memberi ingat pada diri dan faham tentang ilmu. Saat diri mula faham tentang ilmu, maka akan hadir sesuatu perkara yang memerlukan modal […]

Artikel , , ,

Saat Nyawa Direntap

March 31, 2016/0/0/

MANUSIA perlu sentiasa diingatkan tentang kematian yang akan berlaku pada bila-bila masa, kerana dibimbangi apabila tibanya saat dijemput kembali menghadap Allah SWT, kita berada di dalam keadaan tidak bersedia untuk menghadapinya. Ada  dua keadaan yang akan berlaku ketika tibanya saat kematian iaitu sama ada mati di dalam keadaan kita beriman kepada Allah atau mati di dalam […]

Artikel , , ,

Belajar Menghargai Orang Lain

March 30, 2016/0/0/

MANUSIA yang ada nilai menghargai akan menyayangi apa sahaja yang dimiliki pada kadar yang ada kewajaran untuk melakukan perkara demikian. Namun pada pokoknya jika ada sifat menghargai akan melihat kurniaan Allah SWT dalam kehidupan ini sebagai anugerah yang perlu disyukuri. Melalui rancangan Islam Itu Indah yang disiarkan setiap Rabu pada pukul 10.30 pagi, Ustaz Pahrol Mohd […]

Artikel , , ,

Sejarah 6 Kaum Dalam 3 Muka Surat

March 29, 2016/0/0/

SESUNGGUHNYA dalam kehidupan kita sentiasa memerlukan motivasi dalam bentuk kisah-kisah sejarah yang membawa pengajaran. Persoalannya, bagaimana mahu mewujudkan minat anak-anak muda terutamanya terhadap kisah-kisah sejarah ini. Sebaiknya, lihat bagaimana Allah SWT membentangkan kisah-kisah sejarah menerusi ayat-ayat Al-Quran untuk sama-sama kita hayati. Melalui segmen Ibrah yang bersiaran di IKIMfm pada hari Selasa minggu lalu jam 5.15 petang. […]

Artikel , , ,

Berikan Semangat Kepada Isterimu

March 28, 2016/0/0/

ISTERI cerdik yang solehah, Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran, di rumah dia isteri di jalanan kawan, di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan. Itulah bait-bait lirik bagi sebuah lagu nasyid yang mengungkapkan tentang betapa mulianya seorang wanita yang bergelar isteri pada kacamata suami dan anak-anak. Isteri adalah permaisuri suami. Isteri juga dianggap sebagai penyeri keluarga. Tanggungjawab seorang isteri […]

Artikel , , ,