RADIO IKIM MENYERTAI GLOBAL MEDIA CONGRESS ABU DHABI

November 15, 2023/0/0
Home / Blog / Berita / RADIO IKIM MENYERTAI GLOBAL MEDIA CONGRESS ABU DHABI

ABU DHABI | 15 Oktober 2023 – Radio IKIM menyertai Global Media Congress yang bermula dari 14 hingga 16 November 2023 di Abu Dhabi National Exhibition Centre¬†(ADNEC), Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan tema pada kali ini ‘Shaping the Future of the Media Industry‘.

Global Media Congress adalah persidangan kewartawanan dan industri media yang diadakan setiap tahun di Abu Dhabi bermula dari tahun 2022 dengan menampilkan media dari seluruh UAE dan beberapa media besar dari negara lain seperti Skynews, Sputnik, Saudi Press Agency (SPA) dan lain-lain berkaitan kewartawanan.

Persidangan ini menampilkan para profesional dari bidang kewartawanan dan media lain berkaitan penyiaran audio visual serta digital bertujuan membahas trend, perkembangan, dan isu-isu terkini dalam industri kewartawanan, serta memberikan pengetahuan, pengalaman, isu, cabaran dan idea terkini dalam dunia kewartawanan.

Radio IKIM diwakili oleh Maslina Alias, Pengurus Berita Radio dan Mohd Faiz Othman, Penerbit Rancangan Kanan Radio.

Navigation