Program Siri Jelajah Transformasi Al-Falah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Kelantan (14 Julai 2023, Jumaat)

July 20, 2023/0/0
Home / Blog / Berita / Program Siri Jelajah Transformasi Al-Falah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Kelantan (14 Julai 2023, Jumaat)

May be an image of 5 people and text

Disediakan oleh: Maslina binti Alias

 

PASIR MAS, 14 Julai 2023 (IKIM) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd Na’im Hj. Mokhtar, dalam Program Siri Jelajah Transformasi Al-Falah  memulakan siri jelajah dengan program Ramah Mesra bersama Ulama-ulama Pondok Negeri Kelantan, pelajar-pelajar dan masyarakat setempat di Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan.

Dalam ucapannya, Mohd Nai’im berkata Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan sentiasa memastikan institusi pendidikan pondok, tahfiz dan sekolah agama di negara ini sentiasa kekal dipelihara di samping terus berdaya saing dan selari dengan perkembangan semasa.

May be an image of 10 people

Beliau juga menegaskan bahawa pengambilan pelajar ke institusi pendidikan pondok dan maahad tahfiz adalah bertujuan untuk menimba ilmu dan bukan dijadikan sebagai tempat lambakan pelajar yang bermasalah.

“Kita tidak mahu ibu bapa mengganggap pondok atau maahad tahfiz ini tempat untuk menghantar anak-anak mereka yang mempunyai masalah disiplin, masalah pelajaran dan sebagainya. Pondok dan tahfiz ini bukanlah tempat untuk lambakan pelajar yang bermasalah.”

May be an image of 6 people, dais and text

Beliau juga menasihatkan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke institusi pondok dan maahad tahfiz yang diiktiraf dan berdaftar dengan kerajaan supaya institusi ini dapat dipantau oleh pihak kerajaan.

“Kita nak lahirkan anak-anak yang berkualiti dan juga bila institusi pondok dan maahad ni berdaftar dengan kerajaan, garis panduan dan kokurikulum juga adalah selaras dengan sekolah-sekolah lain yang berdaftar dengan kerajaan,” beliau berkata demikian dalam siding media beramah mesra bersama ulama di Pondok Lubuk Tapah, di Pasir Mas pada Jumaat.

May be an image of 7 people

May be an image of 7 people, dais and text

 

 

TANAH MERAH, 14 Julai 2023 (IKIM) – Program Siri Jelajah Transformasi Al-Falah diteruskan pada malam tersebut dengan Dialog Transformasi Al-Falah bersama Warga Hal Ehwal Islam Negeri Kelantan di Dewan Noryati, Selera Tepi Sungai, Tanah Merah, Kelantan.

May be an image of 9 people, lighting and dais

Mohd Nai’im memberi penekanan pentingnya warga Hal Ehwal Islam Negeri Kelantan memahami Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama, Jabatan Perdana Menteri dalam menjayakan agenda pembaharuan dan pembangunan ummah sejajar aspirasi “Membangun Malaysia Madani” oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Al-Falah mengandungi inisiatif-inisiatif yang terdiri dari lima teras utama, dengan 10 fokus dan lima nilai penghayatan bersama.

May be an image of 3 people, dais and text that says 'MALAYSIA MADANI MAD DIALOG TRANSFORMASI AL-FALAH BERSAMA WARGA HAL EHWAL ISLAM NEGERI KELANTAN DISEMPURNAKAN OLEH: YB. Senator Dato' Setia Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) TARIKH: 14 JULAI 2023 bersama MASA: 9.00 MALAM DEW TEMPAT: NAHMERAH,KELANTAN NAH MERAH, KELANTAN WIn'

Dalam sesi dialog beliau ditanya mengenai pejabat warga pendidik sekolah agama yang pada masa kini menumpang di bangunan yang terletak di Besut dan ini menyukarkan pihak pendidik untuk berulang alik dari Pasir Mas ke Besut sekiranya terdapat sebarang urusan.

Mohd Naim memberi jaminan akan mengambil tindakan sewajarnya supaya pejabat pihak pendidik sekolah agama akan dipindahkan ke Pasir Mas untuk memudahkan urusan mereka.

May be an image of ‎2 people, dais and ‎text that says '‎دون DIALOG TRANSFORMASI AL-FALAH BERSAMA WARGA HAL EHWAL ISLAM NEGERI KELANTAN DISEMPURNAKAN DISE YB. Senator Dato' Setia Haji Mohd OLEH: Bin Haji Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) TARIKH: 14 JULAI 2023 bersamaan MASA: MALAM DEWAN NORY PAT:‎'‎‎

Navigation