Home / Blog / Berita / Penyampai Radio IKIM berkampung sepanjang PBAKL 2023 di WTC
DJ Syafiq Salleh ketika bersiaran langsung di konti Radio IKIM sempena PBAKL 2023
Oleh Siti Nur Madinah binti Muhammad Noor, Unit Berita Radio IKIM
Kuala Lumpur, 30 Mei 2023 (IKIM) – Radio IKIM turut memeriahkan penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 kali ini dengan mengadakan siaran langsung dari studio mini di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur bermula Isnin 29 Mei hingga 4 Jun 2023 ini. Pengunjung yang hadir ke PBAKL berpeluang menemui penyampai-penyampai Radio IKIM seperti Syafiq Salleh, Siti Rohani, Datin Mona Jasman dan ramai lagi. Selain pengunjung dapat melihat sendiri bagaimana para penyampai bersiaran secara langsung di mini studio.
Sepanjang tempoh radio IKIM bersiaran bersempena PBAKL ini juga pelbagai sesi temubual telah dijadualkan bersama penyumbang rancangan radio disamping temubual bersama pengarah dan penulis buku-buku terbitan IKIM.
Menurut Tn. Hj. Mahathir Shaharuddin, Pengurus Besar Radio IKIM “siaran luar ini merupakan peluang kepada radio IKIM untuk mendekati pendengar-pendengar disamping membantu mempromosikan reruai IKIM dan jualan buku-buku IKIM.”
Pengunjung yang ingin bertemu penyampai-penyampai radio IKIM boleh hadir ke reruai IKIM yang bernombor L85 bersebelahan dengan CIMB Bank.
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM sempat meluangkan masa melawat mini studio Radio IKIM di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.
Radio IKIM merupakan satu-satunya stesen radio berkonsepkan pendekatan Islami yang bersiaran selama 24 jam sehari setiap hari ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Langgan Surat Berita
Adakah anda ingin menerima surat berita kami ? Ingin dapatkan info terkini aktiviti IKIM? Langgan surat berita kami dan sentiasa up-to-date.