Kuiz Inspirasi 2022

TERMA DAN SYARAT KUIZ:

Berikut adalah butiran penganjuran Kuiz Inspirasi 2022:

  1. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
  2. Cara penyertaan:
    • Dengarkan isyarat memanggil keudara di dalam segmen Warna Pagi atau Destinasi dan jadi pemanggil terpantas.
    • Jawab soalan yang diberikan dalam tempoh 5 saat.
    • Pemanggil yang berjaya menjawab soalan yang diberikan akan memenangi hadiah wang tunai RM 100.
  3. Tarikh penganjuran bermula 15 hingga 28 September 2022.
  4. Hadiah wang tunai yang tidak berjaya dimenangi akan dibawa ke segmen seterusnya.
  5. Pemenang hanya layak menyertai kuiz ini sekali sahaja.
  6. Hadiah yang dimenangi tidak boleh dipindah milik.