KENYATAAN MEDIA INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA BERKENAAN BUMBUNG DEWAN BESAR INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) RUNTUH, OPERASI BERJALAN SEPERTI BIASA
Home / Blog / Berita / KENYATAAN MEDIA INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA BERKENAAN BUMBUNG DEWAN BESAR INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) RUNTUH, OPERASI BERJALAN SEPERTI BIASA
Kejadian bumbung Dewan Besar IKIM yang runtuh sekitar jam 11.55 pagi pada 31 Mei 2023
Kuala Lumpur, 31 Mei 2023 – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ingin memaklumkan bahawa bumbung Dewan Besar IKIM yang terletak di Blok B, di premis IKIM runtuh pada kira-kira jam 11.55 pagi tadi. Insiden yang berlaku itu menyebabkan 5 orang kakitangan mengalami kecederaan ringan . Namun demikian, IKIM meneruskan operasi seperti biasa.
Insiden itu berlaku ketika beberapa orang kakitangan sedang membuat latihan bagi penganjuran program Tribute Tan Sri Mohd Kamal Hassan yang dijadualkan pada 2 Jun 2023 di dewan yang sama.
Kejadian runtuhan bumbung itu turut disedari oleh kakitangan yang berada di blok yang lain ekoran bunyi dentuman yang kuat. Pihak IKIM mengambil langkah segera dengan mengalihkan mangsa di tempat kejadian, selain menghubungi pihak bomba, Hospital Kuala Lumpur dan pihak polis agar dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
Untuk rekod, Dewan Besar IKIM dibina pada tahun 1993. Dalam tempoh itu, penyelengaraan kecil seperti menukar bumbung yang bocor telah dilakukan.
Berikutan insiden itu, IKIM akan memohon kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian bumbung runtuh itu.
Radio IKIM merupakan satu-satunya stesen radio berkonsepkan pendekatan Islami yang bersiaran selama 24 jam sehari setiap hari ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Langgan Surat Berita
Adakah anda ingin menerima surat berita kami ? Ingin dapatkan info terkini aktiviti IKIM? Langgan surat berita kami dan sentiasa up-to-date.