A. Radio Dalam Talian (Streaming Online) :
Sila ke laman web rasmi IKIMfm di www.ikimfm.my atau boleh layari laman Livestreaming IKIMfm sendiri.
Ya, anda boleh memuat turun aplikasi Apple secara percuma di App Store dan juga di Google Play untuk telefon pintar jenis Android. Hanya buat carian “IKIMfm” serta muat turun dan anda boleh terus mendengar IKIMfm di mana sahaja anda berada selagi terdapatnya liputan 3G / Wifi.
Online Streaming IKIMfm bersiaran baik kebiasaannya, jika tersekat-sekat itu adalah disebabkan oleh rangkaian anda, samada anda menggunakan pembekal perkhidmatan seperti Streamyx, CELCOM, MAXIS dan lain-lain yang mungkin menghadapi masalah seperti agak perlahan dan seumpamanya. Sila berhubung dengan pembekal perkhidmatan internet anda.
Tidak, kami tidak pernah menyekat mana-mana alamat IP. Kemungkinan anda tidak dapat mendengarnya kerana ianya disekat oleh sistem rangkaian internet (firewall dll) di tempat anda yang mengenakan sekatan untuk mengakses radio atas talian, atau mungkin juga sekatan oleh penyedia perkhidmatan internet negara yang anda diami. Di setengah negara seperti Republik Rakyat China, dasar kerajaan mereka tidak membenarkan radio atas talian luar didengari melalui internet. Tiada sebab untuk kami yang mengenakan sekatan kerana kami menyediakan perkhidmatan ini untuk didengari di seluruh dunia.
B. Laman Podcast IKIMfm :
Untuk mendengar rancangan pilihan yang telah lepas anda boleh layari laman Podcast IKIMfm untuk senarai audio pilihan. Hanya rancangan pilihan yang terbaik akan dimuat naik.
Kami tidak membenarkan untuk memuat turun audio dari laman web Podcast IKIMfm. Ianya untuk mengelakkan berlakunya cetak rompak rancangan-rancangan IKIMfm dan dijual di pasaran gelap dalam bentuk CD, ataupun dimuat naik oleh individu lain yang kelihatan semakin berleluasa sekarang ini.
Lagu-lagu, nasyid dan doa-doa adalah tertakluk kepada Akta Hakcipta dan Harta Intelek dan tidak boleh dimuat turun sewenangnya. Ianya adalah satu kesalahan jika IKIMfm bertindak sedemikian. Lagu-lagu, nasyid dan doa-doa yang dimainkan di IKIMfm boleh didapati di kedai-kedai buku agama atau kedai-kedai CD dan anda dinasihatkan untuk mendapatkannya di sana. Anda juga boleh berhubung terus dengan syarikat-syarikat rakaman yang mengeluarkan CD-CD zikir dan doa seperti Hijjaz Records Sdn. Bhd, Inteam Records Sdn. Bhd, dan lain-lain lagi.
Untuk mendapatkan atau membeli rakaman-rakaman lepas yang tidak sempat dimuat turun, anda boleh layari IKIM Niaga (Online Store) untuk melihat koleksi audio.
C. Tetamu / Penyumbang Rancangan di IKIMfm :
Menjadi dasar kami untuk tidak mendedahkan nombor telefon tetamu / penyumbang yang diundang bagi menjaga privasi mereka dan mengelakkan dari gangguan SPAM dan seumpamanya. Pendengar dinasihatkan mendapat maklumat melalui Facebook / blog tetamu berkenaan. Untuk makluman, maklumat peribadi tetamu / penyumbang hanya dimiliki oleh penerbit dan bukannya webmaster.
E. Umum :
Semua jawatan kosong yang diwar-warkan di radio IKIMfm akan diuruskan oleh Bahagian Pentadbiran IKIM. Oleh itu, pemohon tidak perlu e-mail atau menghantar surat kepada IKIMfm kerana kami tidak akan melayan permohonan sedemikian. Sila alamatkan permohonan anda beserta surat permohonan dan salinan sijil-sijil kepada:
Ketua PengarahInstitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
No.2 Langgak Tunku off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p. Unit Sumber Manusia)
Tel: 03-6204 6200
Untuk maklumat lanjut lawati laman di bawah ini:
Ya, kami boleh menimbangkan tempat untuk pelajar-pelajar IPT memohon untuk mendapatkan tempat bagi tujuan latihan industri / praktikal. Bidang-bidang yang sesuai adalah pelajar dari jurusan:
- Komunikasi Massa
- ICT
- Penyiaran
Pelajar dari jurusan lain juga boleh memohon dan dinilai berdasarkan minat dan kesungguhan. Satu temuduga ringkas akan diadakan dan pihak kami tidak menjanjikan sebarang bayaran elaun kepada pelajar latihan industri selama menjalani latihan di IKIMfm. Sila hantar Surat Permohonan lengkap dengan resume / CV ke alamat di bawah ini sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh cadangan untuk memulakan latihan:
Pengarah Radio IKIMfmInstitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
No.2 Langgak Tunku off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
Hanya mereka yang layak akan dihubungi. Penghantaran melalui e-mail tidak akan dilayan.
Pihak-pihak yang ingin membuat lawatan ke stesen radio IKIMfm hendaklah membuat permohonan mendapatkan kebenaran lawatan dari Datuk Ketua Pengarah IKIM dengan menulis surat kepada Unit Perhubungan Korporat IKIM seperti di bawah:
YBhg. Ketua PengarahInstitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
No.2 Langgak Tunku off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(u.p. Puan Zawiah binti Md Sari)
Ketua Pegawai Perhubungan Korporat
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Puan Zawiah di talian 03-6204 6329 atau e-mail zawiah@ikim.gov.my. Kami mengalu-alukan kedatangan anda!
TIDAK, IKIMfm tidak mempuyai peruntukan untuk menaja sebarang aktiviti samada anjuran IPT atau organisasi. Oleh itu anda tidak perlu menghantar surat permohonan kepada IKIMfm memohon penajaan. Apa yang boleh kami bantu ialah membuat hebahan program anda, bukan menaja program tersebut dari segi kewangan.
Pihak IKIMfm sudah pun menghantar permohonan kepada pihak Astro untuk bersiaran di saluran mereka, namun dimaklumkan setakat ini semua saluran telah penuh. Usaha sedang dibuat untuk membolehkan bersiaran di saluran HyppTV Telekom.