Bryan Loo, CEO Tealive hadir ke Radio IKIM

May 24, 2023/0/0
Home / Blog / Berita / Bryan Loo, CEO Tealive hadir ke Radio IKIM

 

Dari kiri : Tuan Haji Mahathir Shaharuddin (Pengurus Besar Radio IKIM), Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil (Ketua Pengarah IKIM), Mr Bryan Loo (Pengasas & CEO Tealive), Datuk Dr. Hj. Zahazan Mohamed (Pengarah Urusan, Telaga Biru Sdn.Bhd)

Kuala Lumpur, 23 Mei 2023 (IKIM) : Radio IKIM berbesar hati menerima kunjungan hormat Pengasas & CEO Tealive Parent Company, Mr. Bryan Loo yang hadir ke Radio IKIM semalam.

Kehadiran Mr. Bryan Loo bersama Pengarah Urusan Telaga Biru Sdn. Bhd, Datuk Dr. Hj. Zahazan Mohamed disambut oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Ketua Pengarah IKIM dan dibawa melawat ke konti Radio IKIM.

Dalam sesi perbincangan khas yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah IKIM sebelum itu, pelbagai idea dan peluang kerjasama antara radio IKIM, Telaga Biru dan syarikat Tealive telah dibincangkan.

Mr Bryan Loo, Pengasas Tealive ketika dibawa ke konti Radio IKIM

Gambar semasa sesi perbincangan khas yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah IKIM, YBhg. Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil

Navigation