Home / Blog / Berita / Badan Pengelola Haji Thailand pelajari teknik tabungan daripada Malaysia
Rombongan haji Thailand yang di ketuai oleh Amirul Hajj Dr Zakee Abdulaziz bertemu sebahagian jemaah haji di Hotel Abraj Al-Janadriyah, Makkah
Makkah, 20 Jun (IKIM) – Pihak rombongan haji Malaysia menerima kunjungan rombongan haji Thailand yang di ketuai oleh Amirul Hajj Dr Zakee Abdulaziz Pitakkumpun ke Ibupejabat Tabung Haji di Abraj Al-janadriyah, di sini.
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Dato’ Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, hubungan baik di antara kedua-dua negara dalam urusan haji telah begitu lama di pupuk dan perjumpaan seumpama ini menjadi agenda tahunan oleh kedua-dua negara samaada di Makkah, Malaysia mahupun di Thailand bagi bertukar-tukar pandangan dan pengalaman dalam urusan haji bagi kedua-dua negara.
Ketua Rombongan Malaysia, Dato’ Seri Syed Salleh (Kanan) bersama Amirul Hajj Dr Zakee Abdulaziz Pitakkumpun (kiri) dalam sidang Media di ibupejabat Tabung Haji di Abraj Al-janadriyah
Menurutnya, “Pihak urusan haji Thailand beberapa kali juga turun ke Kuala Lumpur untuk menghadiri Muzakarah Haji, Nadwah Urusan Haji Asia Tenggara dimana akan ada perbincangan secara mendalam di atas sebarang hal ehwal yang ada kepentingan bersama. Kerana kedua-dua negara duduk di bawah muasasah yang sama iaitu muassasah Asia Tenggara.”
Terdahulu, kedua-dua deligasi telah mengadakan perbincangan selama satu jam lebih untuk bertukar-tukar pandangan serta pengalaman berkaitan berbagai urusan termasuk urusan jemaah sebelum berangkat sehingga berada di Tanah Suci ini.
Ketua Rombongan Thailand menyatakan hasrat bahawa mereka ingin mempelajari sistem budaya tabungan yang di lakukan oleh Tabung Haji untuk rakyat Malaysia.
Untuk rekod, tahun ini seramai lebih kurang 11,300 jemaah haji daripada Thailand dapat menunaikan haji dan angka itu kurang daripada kuota yang diberikan oleh Arab Saudi iaitu 13 ribu Jemaah.
Radio IKIM merupakan satu-satunya stesen radio berkonsepkan pendekatan Islami yang bersiaran selama 24 jam sehari setiap hari ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Langgan Surat Berita
Adakah anda ingin menerima surat berita kami ? Ingin dapatkan info terkini aktiviti IKIM? Langgan surat berita kami dan sentiasa up-to-date.