BANGI, 5 September 2023 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menganjurkan Seminar Penjelasan dan Penghayatan Buku “Adab Perbezaan Pendapat dalam Islam” di sini hari ini.

 

Seminar  ini adalah susulan pelancaran buku Adab Perbezaan Pendapat dalam Islam terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) oleh YAB Dato’ Seri Anuar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia pada 4 Julai 2023 yang lalu.

Al-Fadhil Ustaz Dr. Syed Shahridzan Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti di bahagian Penyelidikan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk memberikan syarah ringkasan buku Adab Perbezaan Pendapat DAlam Islam

Seminar yang berlangsung setengah hari di Dewan Datuk Mohd Shahir, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) itu telah menjemput Al-Fadhil Ustaz Dr. Syed Shahridzan Syed Mohamed, Ketua Penolong Mufti di bahagian Penyelidikan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan untuk memberikan syarah ringkasan kesemua enam bab yang terkandung di dalam buku tersebut.

 

NORHAYATI PARADI

Melaporkan dari Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Bangi

Navigation