Monthly Archives: October 2017

Home / Blog / Monthly Archives: October 2017

Imam Al-Bukhari (Bhg. 2)

October 31, 2017/0/0/

IMAM al-Sakhawi pernah katakan “sesiapa yang menulis sejarah seseorang mukmin, seolah-olah dia menghidupkannya kembali”. Semoga kisah-kisah orang soleh sentiasa segar dalam kehidupan kita untuk sama-sama kita ambil pengalaman dan pengajaran daripda kisah mereka. Menerusi segmen Ibrah (Salafus Soleh), yang bersiaran pada hari Isnin jam 5 petang, Ustaz Muhadri Hj. Joll menyambung kisah mengenai Imam Al-Bukhari. […]

Artikel , , ,

Akikah Dan Khitan Di Jalan Fitrah

October 26, 2017/0/0/

SETIAP bayi yang lahir ke dunia berada di dalam keadaan fitrah, oleh itu peliharalah ia agar tidak berlaku sebarang penyimpangan daripada keadaan asalnya semoga berkekalan sehingga ke akhir perjalanan hidupnya. Ibu bapa memainkan tanggungjawab yang besar untuk mendidik anak-anak dan mengelakkan tanggapan bahawa anak-anak mereka akan memilih jalan kehidupan sendiri apabila dewasa kelak.  Tarbiyah anak-anak […]

Artikel , , ,

Dakwah Kontemporari

October 25, 2017/0/0/

MENURUT pengarah kitab al-Hikam yang terkenal, Syekh Ibnu Atha’illah As-Sakandari, ilmu yang sebenar adalah menjadikan kita merasa takut kepada Allah SWT. Bahkan dengan ilmu yang bermanfaat menjadikan seorang isteri taat kepada suaminya, seorang anak patuh kepada kedua orang tuanya dan seorang pemimpin akan adil kepada rakyatnya. Justeru dengan ilmu menjadikan hati manusia ibarat air sungai […]

Artikel , , ,

Imam Al-Bukhari

October 24, 2017/0/0/

NAMA Abu Abdillah Muḥammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah al-Ju‘fī al-Bukhari mungkin kurang dikenali. Tetapi itulah sebenarnya nama penuh bagi Imam Al-Bukhari yang terkenal di seluruh dunia kerana luas ilmunya itu dan banyak jasanyan terhadap ilmu hadis. Beliau digelar dengan gelaran Abu Abdillah. Menerusi segmen Ibrah (Salafus Soleh) di radio IKIMfm yang […]

Artikel , , ,

Jauhi Sifat Mencaci, Pasti Raih Keredhaan Allah

October 23, 2017/0/0/

LIDAH adalah alat komunikasi penting dalam menjalin hubungan mesra antara masyarakat manusia di dunia. Ia juga untuk menyebar ilmu dan banyak lagi manfaat lain. Sebaliknya, lidah boleh jadi bahaya, kerana boleh digunakan untuk memecah belahkan masyarakat, memfitnah, mencaci, mengumpat dan sebagainya. Justeru, Islam memberi perhatian serius terhadap penjagaan lidah. Peri pentingnya penjagaan lidah itu sehingga […]

Artikel , , ,

Memulakan Jalan Hidup Fitrah

October 19, 2017/0/0/

SETIAP manusia yang lahir di dunia adalah di dalam keadaan fitrah, namun ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak mereka sama ada menjadi Yahudi, Majusi atau Kristian. Islam memberi panduan kepada manusia agar tidak tergolong di kalangan tersebut dan mengajar supaya manusia tidak menjadikan anak yang baru lahir berada di dalam keadaan kotor dan tidak baik. Sesungguhnya […]

Artikel , , ,

Imam Ibnu Sirin

October 17, 2017/0/0/

PEPATAH Arab menyebut “maka hendaklah kamu mencontohi orang yang mulia itu walaupun kamu tidak seperti mereka, kerana mencontohi orang yang mulia itu adalah satu kejayaan”. Menerusi segmen Ibrah (Salafus Soleh) yang bersiaran di IKIMfm setiap Isnin jam 5.15 petang, Ustaz Muhadir Hj Joll minggu lalu berkongsi kisah seorang lagi tokoh Tabi’in yang sangat mulia serta […]

Artikel , , ,

Takwa Dalam Rumahtangga

October 16, 2017/0/0/

ALLAH SWT telah berfirman yang bermaksud “Wahai orang yang beriman! bertakwalah kamu kepada Allah dan tetaplah beriman kepada Rasul-Nya (Muhammad), supaya Allah memberi kepada kamu dua bahagian daripada rahmat-Nya, dan menjadikan bagi kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (di dunia dan pada hari kiamat kelak), serta diampunkan dosa kamu; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi […]

Artikel , , ,

Saat Menghampiri Kematian

October 12, 2017/0/0/

FASA kehidupan manusia, bermula sejak bayi sehinggalah dewasa lalu meniti usia tua, akan sampai satu ketika dipanggil untuk kembali menghadap Allah SWT. Ramai di kalangan manusia terlupa bahawa Allah telah memberi petanda bahawa mereka sedang menghampiri tempoh itu tanpa bersedia untuk melakukan sesuatu untuk menghadapi saat itu. Di antara tanda-tanda manusia menghampiri saat kematian ialah […]

Artikel , , ,

Semuanya Dicatat

October 11, 2017/0/0/

SETIAP hari adalah waktu untuk bermuhasabah diri supaya kita selalu dapat memperbaiki diri menjadi mukmin yang soleh yang diredhai Allah SWT. Andainya hari kita tidak ceria barangkali kerana kita banyak berbuat dosa. Andainya hari kita penuh kekurangan barangkali kerana kita kurang memberi. Andai hari kita penuh kemarahan barangkali kerana kita kurang memberi kemaafan. Andainya hari […]

Artikel , , ,
12