Monthly Archives: June 2017

Home / Blog / Monthly Archives: June 2017

Mereka Yang Dirindui Syurga

June 15, 2017/0/0/

TIADA nilainya kehidupan yang dijalani di dunia walaupun dilimpahi kemewahan mahupun dipuja dan dipandang mulia oleh manusia lain sekiranya apabila tibanya saat kematian, mereka terhumban ke dalam neraka. Bernilainya kehidupan manusia apabila diberi kemuliaan disisi Allah dan menghuni syurga pada Hari Akhirat kelak. Tetapi sayangnya ramai manusia di dalam keadaan hanyut dan terperangkap dengan tipu […]

Artikel , , ,

Hati Dekat dengan Allah SWT

June 14, 2017/0/0/

ISLAM itu agama yang indah kerana diciptakan oleh kuasa yang tiada tolok bandingnya. Apabila Allah SWT menciptakan setiap manusia, Allah lebih tahu, lebih faham dan lebih berkuasa menentukan apa yang terbaik bagi setiap ciptaanNya. Menerusi rancangan Islam itu Indah, Ustaz Muhidin Mokter berkata sesungguhnya tidak terhitung nikmat yang Allah kurniakan kepada setiap hambaNya. Bahkan jika Allah […]

Artikel , , ,

Suraqah bin Malik

June 13, 2017/0/0/

PADA suatu pagi, bangsa Quraisy kelihatan begitu geram. Di tempat mereka berkumpul, telah tersebar berita bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW telah berjaya meninggalkan Kota Makkah. Ustaz Mohd Hazri Hashim al-Bindany memulakan segmen Hayatus Sahabah yang bersiaran di IKIMfm minggu lalu dengan berkongsi kisah mengenai Suraqah bin Malik. Para pembesar Quraisy sukar mempercayai hakikat bagaimana Baginda […]

Artikel , , ,

Jauhi Sifat Buruk Sangka

June 12, 2017/0/0/

BURUK sangka adalah salah satu daripada sifat-sifat mazmumah. Manakala mencari-cari kesalahan orang lain pula hadir apabila wujudnya sangkaan buruk di dalam hati manusia. Apabila timbulnya buruk sangka, maka sudah tentu rasa ingin mencari kesalahan seseorang itu timbul sehingga terbukalah kesalahan, aib atau kelemahan seseorang itu. Sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka kepada sesama Islam, maka […]

Artikel , , ,

Sabar di Hatiku

June 9, 2017/0/0/

DALAM rancangan Tarbiyyah yang bersiaran di radio IKIMfm pada hari Jumaat jam 10.15 pagi, Prof. Madya Dr. Syarifah Hayaati binti Syed Ismail membicarakan tentang Sabar di Hatiku. Beliau memulakan syarahan dengan menyentuh bahawa kalimah “Sabar” dalam bahasa Arab berasal daripada tiga huruf sahaja iaitu “sad” “ba” dan “ra”, namun walaupun ia hanya tiga huruf sahaja, […]

Artikel , , ,

Muslimah Dambaan Syurga

June 8, 2017/0/0/

DI antara perkara yang paling indah apabila manusia menghuni syurga ialah apabila mereka dapat bersama-sama pasangan hidup yang sangat cantik iaitu bidadari dan menjalani kehidupan yang sangat membahagiakan di sana kelak. Abdullah bin al-Mubarak menyebut daripada Ibnu Said daripada Rasulullah SAW, isteri kepada penghuni syurga sentiasa di dalam keadaan suci dan tidak didatangi haid, tiada nifas, […]

Artikel , , ,

Bukan Kerana Fadhilat Semata

June 7, 2017/0/0/

BULAN Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan, sehinggakan apa juga ilmu yang disampaikan pada bulan Ramadan mendapat ganjaran pahala yang berbeza dari bulan-bulan lain. Bahkan bagi jiwa dan hati pada bulan Ramadan akan lebih lembut dan mudah menerima ilmu berbanding pada bulan yang lain. Menerusi rancangan Islam Itu Indah yang bersiaran di radio IKIMfm […]

Artikel , , ,

The Link Between The Intellect And Fasting

June 6, 2017/0/0/

FOR more than a week, Muslims around the world have been observing the obligatory fasting in the month of Ramadan of the Hijrah year of 1438. Regrettably, often heard in recent years is the issue of waste and the mounting of food leftovers during Ramadan and this is believed to spill over to Shawwal, more […]

Artikel

Jaafar bin Abi Talib (Bhg. 2)

June 6, 2017/0/0/

SAIDINA Jaafar bin Abi Talib RA bersama isterinya, tinggal di bawah perlindungan Raja Najjasyi selama hampir sepuluh tahun. Hidup dalam keadaan aman, damai dan tenteram. Beliau dan isteri akhirnya dapat merasakan kelazatan beribadah setelah tidak mengecapinya ketika di Makkah kerana gangguan oleh kaum kafir Quraisy. Menerusi segmen Hayatus Sahabah yang bersiaran di IKIMfm, Ustaz Mohd […]

Artikel , , ,

Berbakti kepada Ibubapa

June 5, 2017/0/0/

DALAM Al-Quraan kita temui beberapa ayat yang menekankan tentang perintah berbuat baik ataupun  berbakti kepada kedua ibu bapa. Misalnya Allah SWT  berfirman “Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali […]

Artikel , , ,