Monthly Archives: October 2016

Home / Blog / Monthly Archives: October 2016

Cara Berfikir Penentu Hala Tuju Kejayaan

October 17, 2016/0/0/

HUJJATUL Islam Imam Ghazali RA di dalam kitabnya ‘Ihya Ulumuddin’, mendefinisikan akal sebagai sumber ilmu, tempat timbul, dan sendi ilmu. Ilmu itu berlaku daripada akal sebagaimana berlakunya buah-buahan daripada pohon kayu, sinar dari matahari dan penglihatan daripada mata. Akal ialah satu senjata atau kekuatan pemberian Allah yang amat berharga kepada setiap insan. Antara seluruh makhluk ciptaan […]

Artikel , , ,

Tasawuf Ilmu Mendidik Diri

October 14, 2016/0/0/

PROF. MADYA DR. KHALIF MUAMMAR A.HARRIS, Pensyarah Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS-UTM) dalam rancangan Tarbiyah yang bersiaran pada hari Jumaat jam 10.15 pagi di radio IKIMfm membicarakan tentang kepentingan pendidikan rohani dan tasawuf. Sebelum ini dibicarakan tentang pendekatan menyeleweng daripada ajaran Islam iaitu ekstrem radikal dan ekstrem liberal. Satu satu pendekatan pseudo-Salafi ialah […]

Artikel , , ,

Hijrah Menuju Syurga

October 13, 2016/0/0/

RASULULLAH SAW menyebut, sebaik-baik manusia ialah mereka yang dipanjangkan umurnya dan semakin cantik amalannya. Seburuk-buruk manusia ialah orang yang Allah panjangkan usianya tetapi masih lagi melakukan maksiat dan masih lagi tidak mengubah dirinya untuk menjadi semakin taat kepada perintah Allah. Apabila menyebut tentang hijrah ia bukan hanya sebuah perpindahan malah di sudut kejadian manusia sendiri, […]

Artikel , , ,

Islam Agama Persaudaraan Melangkaui Bangsa Dan Bahasa

October 12, 2016/0/0/

ALLAH SWT berfirman menerusi surah Ali ‘Imran ayat 159 yang bermaksud “Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” Keterangan ayat tersebut menjadi sumber inspirasi kepada keazaman yang terdapat pada diri umat Islam apabila memasuki ke tahun 1438 Hijriah. Istiqamah yang memandu […]

Artikel , , ,

Bagaimana pentingnya hijrah dalam kehidupan kita

October 11, 2016/0/0/

BIARLAH kita menjadi air yang mengalir yang dapat memberi manfaat kepada hidupan-hidupan lain dan janganlah jadi seperti air yang bertakung yang hanya berkeladak dan kotor. Allah SWT seringkali menggambarkan di dalam syurga, bagaimana air-airnya mengalir di sana sini. Begitulah gambaran kehidupan kita agar sentiasa mengalir dan bergerak dari satu prestasi ke satu prestasi yang lebih baik. […]

Artikel , , ,

Jadikan Hijrah Nabi Muhammad SAW Sebagai Teladan

October 10, 2016/0/0/

PANTAS sungguh masa berlalu, pejam celik pejam celik, sudah setahun berlalu dan pada tanggal 2 Oktober yang lalu kita mula melangkah ke tahun baru 1438 Hijriah bersamaan 2016 Masihi, Pepatah Arab menyebut, masa adalah ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita. Ini untuk menggambarkan bahawa masa itu sesuatu yang amat penting dan […]

Artikel , , ,

Fahaman Melampau "Salafi Palsu"

October 7, 2016/0/0/

SEBELUM ini kita telah berbicara tentang wujudnya golongan pelampau agama yang pelbagai ragam. Ada pelampau agama dari pihak kiri dan ada pelampau agama dari pihak kanan. Untuk episod kali ini, Prof. Madya Dr Khalif Muammar A.Harris dalam rancangan Tarbiyyah di radio IKIMfm yang bersiaran setiap Jumaat jam 10.15 pagi berbicara tentang kelompok pelampau yang digelar “Pseudo-Salafi”. […]

Artikel, Penyumbang , , ,

Fahaman Melampau "Salafi Palsu"

October 7, 2016/0/0/

SEBELUM ini kita telah berbicara tentang wujudnya golongan pelampau agama yang pelbagai ragam. Ada pelampau agama dari pihak kiri dan ada pelampau agama dari pihak kanan. Untuk episod kali ini, Prof. Madya Dr Khalif Muammar A.Harris dalam rancangan Tarbiyyah di radio IKIMfm yang bersiaran setiap Jumaat jam 10.15 pagi berbicara tentang kelompok pelampau yang digelar “Pseudo-Salafi”. […]

Artikel , , ,

Telaga Al-Kauthar Rasulullah SAW

October 6, 2016/0/0/

ANAS bin Malik berkata pada suatu ketika sewaktu Rasulullah sedang duduk ditengah-tengah bersama dengan para sahabat, tiba-tiba Baginda menundukkan kepalanya. Kemudian Baginda mengangkat semula kepalanya sambil tersenyum indah. Lalu ditanya para sahabat kenapa Rasulullah berkelakuan demikian dan dijawab Baginda, “Baharu sahaja turun kepadaku suatu surah yang disebut dengan al-Kauthar.” Allah berfirman di dalam surah tersebut: “Sesungguhnya […]

Artikel , , ,

Halal Haram Tanda Cinta ALLAH Pada Manusia

October 5, 2016/0/0/

ISLAM terbit dari dua perkataan iaitu ‘aslama’ yang bermaksud menyerah diri dan ‘salam’. Manusia yang beragama Islam akan terus taat pada perintah ALLAH SWT dan menyerahkan diri kepada-Nya, sesuai dengan maksud Islam itu yang membawasebuah agama selamatuntuk setiap individu muslim.Kalimah syahadah yang diucapkan oleh setiap individu muslim menyaksikan bahawa pendirian umat Islam itu adalah teguh […]

Artikel , , ,