Monthly Archives: October 2016

Home / Blog / Monthly Archives: October 2016

Pentingnya Sekufu Dalam Rumahtangga

October 31, 2016/0/0/

RAMAI yang menyebut tentang jodoh. Adakah ianya perlu yang sekufu? Adakah sekufu penting dalam perkahwinan yang terjalin? Jawapannya ada pada diri sendiri. Sekufu itu ternyata perlu dalam membina  sesebuah hubungan. Oleh kerana itu, setiap calon suami atau isteri sebelum membuat persetujuan untuk berkahwin sepatutnya memikirkan pelbagai aspek jasmani dan rohani untuk kepentingan semua pihak. Dalam […]

Artikel , , ,

Manhaj Ahlul Sunnah

October 28, 2016/0/0/

UMAT Islam di nusantara ini seharus berpegang teguh kepada manhaj yang dibawa oleh para ulama di kalangan Ahlul Sunnah wal Jamaah kerana inilah pendekatan yang paling terbaik, moderat dan tidak melampau atau radikal. Jika sebelum ini dibicarakan berhubung wujudnya kumpulan yang radikal kiri iaitu kelompok yang menolak al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai dalil dan hujah, kita […]

Artikel , , ,

Hisab & Perhitungan Serta Mizan

October 27, 2016/0/0/

SATU hari nanti seluruh umat manusia akan dihisab oleh Allah untuk dihitung kembali setiap amalan yang dilakukan sebelum dimizankan atau ditimbangkan amalan sama ada layak atau tidak untuk memasuki syurga Allah. Apabila tiba waktu dihisab, ia merupakan waktu yang paling menggerunkan ketika berada di Padang Mahsyar sebagaimana peringatan Rasulullah SAW, tidak akan berganjak telapak kaki anak […]

Artikel , , ,

Ujian Cubitan Sayang Daripada Allah SWT

October 26, 2016/0/0/

ANUGERAH agama Islam dalam ketamadunan dunia sehingga hari ini merupakan sebuah kurniaan istimewa dari ALLAH SWT yang perlu dihargai dan dijaga kesuciannya agar dapat menjadi pegangan yang kukuh untuk dijadikan sebagai panduan hidup. Kehadiran agama Islam juga membawa kepada keredhaan, kerahmatan dan kasih sayang dari ALLAH SWT buat seluruh umat manusia. Disebalik kehidupan manusia yang […]

Artikel , , ,

Hijrah Mengukuhkan Agama

October 25, 2016/0/0/

SEBAGAI seorang manusia, kita takkan dapat lari daripada masalah yang selalu menghantui kita. Dan sebagai individu yang beriman yang mengaku Allah SWT adalah sebaik-baik perancang, kita perlu sentiasa positif melihat ujian itu adalah tanda Allah SWT sayang akan hamba-hamba-Nya serta  membuktikan kita benar-benar beriman. Pertemuan menerusi segmen Ibrah yang bersiaran di IKIMfm setiap Isnin, 5.15 petang, […]

Artikel , , ,

Redha dengan Kekurangan dan Kelebihan Pasangan

October 24, 2016/0/0/

ALLAH SWT menjadikan manusia amat istimewa dan berbeza dengan makhluk-Nya yang lain. Antara keistimewaanya yang paling utama ialah Alah SWT menciptakan akal untuk manusia berfikir dan lidah untuk berbicara. Justeru, lidah menjadi jurubicara menyampaikan apa yang teraasa dalam hati dan terlintas dalam fikiran manusia. Keupayaan berbicara merupakan nikmat Allah yang  begitu  besar kepada sesorang manusia. Siapa […]

Artikel , , ,

Tasawuf Membina Jati Diri Umat

October 21, 2016/0/0/

TASAWUF ditakrifkan sebagai “pengamalan syariat pada maqam Ihsan”. Namun hari ini ramai termakan dengan momokan yang sering diwar-warkan khususnya di kalangan para Orientalis Barat pada abad ke-19 lagi seperti Ignaz Golziher, Reynold A. Nicholson dan ramai lagi yang melihat tasawuf itu pengaruh daripada ajaran asing yang luar dari Islam seperti Hindu, Buddha dan Neo-Platonisma. Itu adalah […]

Artikel , , ,

Ziarah Terakhir

October 20, 2016/0/0/

ALLAH SWT merahmati orang yang salih dan golongan ini mendapat perkhabaran gembira di dunia dan akhirat dengan beroleh keredhaan Allah. Selain itu, kita digalakkan untuk menziarahi dan bergaul dengan orang-orang yang salih agar turut mendapat keberkatan daripada Allah kerana lidah mereka sentiasa basah menyebut dan mengingati Allah. Suffian bin Uyainah menyebut, “Jika disebutkan nama orang salih, […]

Artikel , , ,

Islam Agama Nasihat Dan Menasihati

October 19, 2016/0/0/

NASIHAT menurut agama Islam menunjukkan bahawa Islam itu merupakan cara hidup yang meliputi seluruh aspek kehidupan seharian umatnya. Nasihat yang dilaksanakan sememangnya bertujuan untuk memperbaiki kesilapan agar dapat membuat perubahan dari sesuatu yang buruk kepada sesuatu yang baik. Jika diteliti makna nasihat, ianya berasal dari bahasa arab ‘Nasaha’ yang bererti menapis iaitu murni serta bersih […]

Artikel , , ,

Setia Dengan Kebenaran

October 18, 2016/0/0/

MENYEBARKAN kebenaran mungkin sesuatu yang mudah. Namun, untuk terus kekal setia pada kebenaran itu adalah perkara yang sangat sukar. Sekiranya matlamat dan tujuan kita demi meraih penghargaan manusia, maka semangat  kita pasti goyah. Sebaliknya, sekiranya Allah SWT menjadi tujuan dan matlamat kita, nescaya kita akan tetap setia dengan kebenaran. Menerusi segmen Ibrah yang bersiaran di IKIMfm […]

Artikel , , ,