Home / Blog / Berita / 148 TAHUN UNTUK TUNAI HAJI JIKA BARU MENDAFTAR HAJI SEKARANG
Bersabar dan bersyukur bagi raih haji mabrur
Ketua Rombongan Haji Malaysia Dato’ Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berpesan kepada para Jemaah untuk sentiasa menerapkan konsep sabar dan syukur di dalam urusan ibadah haji
Makkah,14 Jun (IKIM) – Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh ajaib urusan orang Mukmin. Setiap urusan baginya ada kebaikan. Sekiranya dia diberi sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya.” (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadis ini, Ketua Rombongan Haji Malaysia Dato’ Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berpesan kepada para Jemaah untuk sentiasa menerapkan konsep sabar dan syukur di dalam urusan ibadah haji. Bukan sahaja di Tanah Suci, malah konsep tersebut perlu di terapkan di dalam diri sejak di Tanah Air lagi.
Jemaah haji khusyuk mengaminkan doa yang di pimpin oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia, Dato’ Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
“Jemaah haji tahun ini adalah Jemaah haji yang menempuh penantian yang lama untuk menunaikan haji. Ada yang tertangguh daripada tahun 2020, 2021 dan 2022. Secara tidak langsung ia mengajar untuk bersabar. Dan akhirnya saat menerima surat tawaran di THiJARI untuk menunaikan haji, pasti terbit rasa syukur kerana telah lama menanti.” Katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Ketua Rombongan Haji Bersama Jemaah Haji Malaysia di Hotel Land Premium, Makkah.
Tambahnya lagi, Malaysia memiliki kuota Haji sebanyak 31,600 jemaah bagi tahun ini. Namun, yang menyimpan di TH hampir 9 juta penyimpan. Daripada angka tersebut 3.8 juta sudah mendaftar haji. Menurut laporan katanya, jika individu baru mendaftar sekarang maka perlu baginya menunggu 148 tahun untuk dapat menunaikan haji.
Dalam majlis yang sama beliau turut memuji ketulusan hati sebahagian Jemaah Haji Malaysia yang dengan suka rela melakukan aktiviti kebajikan dengan menjadi Sahabat Maktab bagi Maktab 79 dan Maktab 80.
Hamadah Abdul Ghani, 44 berbaju kuning dan Hj Anuar, Ismail, 46 antara PATUH yang banyak membantu petugas haji dan jemaah haji dalam urusan yang berkaitan komunikasi dan keperluan setempat
Selain Sahabat Maktab, terdapat juga Pembantu Petugas Haji atau ringkasannya PATUH yang membantu para Petugas Haji sekaligus menyantuni Duyufurrahman.. Mereka adalah minoriti bangsa Melayu yang tinggal di Arab Saudi. Dan pada setiap tahun, Musim haji inilah yang di nanti-nanti untuk terus berbakti kepada setiap yang hadir menjadi Tetamu Ilahi.
Radio IKIM merupakan satu-satunya stesen radio berkonsepkan pendekatan Islami yang bersiaran selama 24 jam sehari setiap hari ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Langgan Surat Berita
Adakah anda ingin menerima surat berita kami ? Ingin dapatkan info terkini aktiviti IKIM? Langgan surat berita kami dan sentiasa up-to-date.